CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 19, 2012

AIR SELUSUH

Saya tak tau la ni memang petua atau fakta. Tapi ada orang cakap kalau
nak senang bersalin kene cuba minum air selusuh. Memula taktau plak
apa toe air selusuh. Ingat air ubat ke ape kan. Lepas google baru tau
rupa nya air bacaan doa. Bagus sangat la. Kira air doa doa la kan
Bukan air jampi serapah bagai..ehehe. Kira bole di cuba tanpa waswas.

Air selusuh ni lagi bagus kalo suami sendiri yang baca doa doa toe.
Lagi apdal la dari suh orang baca. Kalo suami bizi sangat suh la sape sape.
Pon bole la kot. Macam air yassin orang buat penerang hati toe.
Air selusuh ni lak wat senang bersalin tapi belom tahu lagi la.
Kene cuba baru tahu kan. kalo memang tak senang nak wat camne. 
Toe dah takdir namenyer la. Jangan la pikir tak berkesan ke hape.
Bak kate orang kita ikhtiar dulu la. Kalo takbole kita redha jer..

Saya kalo boley taknak la Czer bagai nie. Tatot la plak nak ditoreh
toreh perot ni..Ngerik rasanyer. Duit pon habis banyak nanti.
Kalo kat gomen nak Czer FOC jek kan. Ni private memang saket
la banyak. Dah bole pegi vacay yer..Kalo bole memang la dielakkan.
Lagi bagus kalo sekali push terus keluar yer..ehehe. Lega rasa.
Camne la nanti yek..hish tatot nyeh lagi bape bulan nie.

Entry ni khas untuk Mr Dedi yang nun jauh kat Labuan.
Sila buat air ni kalo balek nanti ek. Kalo rajin nak wat teros pon
takpe..ehehe. Jangan wak plak minum sudah. Tapi kene cari air
zamzam dulu lagi bagus. kalo takde air mineral pon takdehal.

 Doa yang di baca untuk air selusuh ialah


1. Al-Fatihah

2. Selawat Syifa’

3. Al-Hasyr : 21-24

4. Doa Selusuh


Terjemahan : "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya".
5. Doa Pemudah

"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".

BAHAN-BAHAN
1. Air (jika air zam-zam lagi baik)

KAEDAH PENGUBATAN
Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi minum air kepada isteri seeloknya seminggu sebelum dijangkakan bersalin. Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran si anak.


Kreadit dari blog As syifa melaka




No comments:

Related Posts with Thumbnails