CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 28, 2010

REST IN PEACE AMINULRASYID

KRONOLOGI KES AMINULRASYID


Apa yang berlaku kepada arwah Adik Aminulrasyid :


-Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, 15 tahun, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media telah melaporkan bahawa remaja terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun, namun perkara ini dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda untuk melarikan diri dan polis bertindak melepaskan beberapa das tembakan yang seterusnya membunuh Aminulrashid.


-Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta ketika kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, rakan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar sebuah kenderaan lain dan terus memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi utama ini juga melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.


-Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 9, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.

* YANG PASTI KITE TUNGGU LA KESUDAHAN DALAM BULETIN UTAMA. NAK BERPANJANG LEBAR KAT CINI SAYA TAKOTT..HUHU. TAPI MOGA KES AMINULRASYID NIE DISIASAT DENGAN TELUS.. NO HANKY PANKY OKEY SEMATE MATE NAK MENYELAMATKAN SESEORANG YANG BERSALAH..




ARWAH ADIK AMINULRASYID


TEMPAT KEJADIAN



REPORT ( click to enlarge)


P/S: SEPERTI DI PAPARKAN DALAM FACEBOOK JUSTICE FOR AMINULRASYID

2 comments:

amirah azlan said...

i feels so sad & sympathy to the family..my brother is one of arwah's friends...a bit frustated bila dgr cite my bro and kesal dgn sikap polis tu..bila kes mcm ni terjadi, 50-50 nak percaya kredibiliti polis...

aqmar said...

tue la pasal mira.. kalo libatkan polis byak case yg takkan selesai..Lots of hanky panky thingy..n i believe dis case oso will be d same ..we will see..=(

Related Posts with Thumbnails